Terimalah kembali wajah ini jangan terus 'membenci sampai mati' sedang hari berganti kau mengerti sedang masa berganda kau merasa ' aku manusia perlakon cerita dipementasan alam ciptaan-Nya bukan sengaja melanggar arahan kadang terlupa watak dan peranan AKU MANUSIA '
Kadang terfikir saat lampau kalau ku bisa kalau ku boleh dah ku putarkan ia supaya semua baik-baik saja tapi fikir balik kalau aku pusing putar kembali ke saat tika itu aku rasa aku takkan jumpa semua mereka yg telah ada dalam hidupku sekarang.
Terkadang terfikir dek kerana masa lalu aku jadi begini tapi when look back rasa mcm erk tak nak lah patah balik sebab sekarang aku dah ada dekat sini ada keluarga disisi teman yang menemani orang yg disayangi. kalau asyik aku duduk di takuk tu aku rasa aku takkan ke depan untuk apa duduk saja disitu kalau kau duduk atas kerusi lama2 pun belakang kau sakit sama lah mcm kehidupan duduk dekat level tu kadang2 rasa sakit apa ubatnya sakit? tengok depan dan positif, mungkin aku dan kamu ada masa silam yang buruk terkadang nk berbicara bersama pun rasa malu dan rasa diri ni hina tapi aku terpaksa menceritakan apa yg terjadi semoga menjadi teladan sesama sendiri dalam perhubungan yang akan beranjau duri
aku tak tahu kenapa post aku ni menguna kan ayat2 matang kerana terasa diri bersedia untuk matang dan bersama mereka yg matang fikiran, kalau bersama kau aku bahagia biarlah begitu sampai akhirnya kerna aku dah lelah nk menangis dh lelah nk menarik nafas yang berat sebab hati dah tak tertahan nk menanggung sedih hati,terus terang ku katakan
hadirnya dirimu memberi nafas baru beralunan irama nan syahdu
bersama mu hatiku tiada ragu terhindar segala pilu yang mengusik dikalbu
dihatiku hanya engkau dan aku terhakis kisah lalu tercipta hasrat baru
- erra fazira
tidak aku hirau beribu datang menganggu menjerit berteriak kata-kata nista kerna aku tahu kamu kamu tahu aku cukup lah biarkanlah begitu kenapa nk dgr suara2 bising lain betul tak? Tuhan hadirkan kau kedalam hidupku semoga doakan yang terbaik dan yang baik baik sahaja kerna sejujurnya aku sayang padamu
walaupun aku ni dawai besi loyar buruk kadang2 malu ku mengatasi tahap gunung kinabalu eh tukar gunung semeru dkt jawa tu tapi kau tetap terima apa adanya aku dan aku terima kau apa adanya kalau yg kurang akan ku perbetulan untuk masa akan datang semoga apa yg ku coret ni kamu boleh membacanya bila rindu kalau mungkin aku jauh darimu kerana tuntutan dan tanggungjawab keluarga akan ku habiskan segalanya untuk hari muka in sha Allah untuk kau dan aku.
Ya Ilahi kuatkan hati kami tetapkan lah segalanya yang baik baik saja, semoga semua dugaan cabaran dapat kami tempuh bersama susah dan senang bersama amin ya rabb
your anna <3
No comments:
Post a Comment